Saturday, April 18, 2009

Kandungan Karnival Mersing 2009 (Brochure)



Muka Dalam Brochure Karnival Mersing 2009. Sila lihat kandungan aktiviti yang telah dirancang. Terima Kasih. Sila hubungi : 012-7203313

Cover Brochure Karnival Mersing



Cover depan & muka belakang

Brochure Karnival Mersing 2009

Tuesday, March 31, 2009

1.0 TUJUAN

PROGRAM INI DILAKSANAKAN adalah untuk menaikkan nama Daerah Mersing sebagai daerah pelancongan yang tersohor di negeri Johor. Sudah tiba masanya bagi pihak kerajaan mahupun swasta mempromosikan produk-produk pelancongan yang sedia ada di dalam daerah Mersing kepada satu persada yang lebih tinggi. Setiap tahun pelancong dari luar negara berpusu-pusu ke Mersing untuk menikmati keindahan luarbiasanya. Dengan itu, Karnival Mersing adalah satu program untuk memupuk kesedaran kepada rakyat setempat dan dari luar bahawa Mersing mempunyai daya serta harapan untuk terus maju di dalam persada pelancongan sehingga boleh menandingi kehebatan seperti Pesta Pulau Pinang.

2.1 LATAR BELAKANG MERSING

Mersing adalah bandar pada masa dahulunya hanya boleh dihubungi dengan jalan laut. Dengan itu, ramai penduduknya mempunyai pertalian persaudaraan dengan orang-orang dari Pantai Timur berbanding dengan kawasan lain di Johor dan rata-ratanya adalah dari golongan nelayan. Pada tahun 1939, semasa sebelum Perang Dunia Kedua, markas tentera Australia telah memasang peralatan radar di Mersing yang merupakan pemasangan peralatan Telekomunikasi yang pertama di dalam bumi Asia. Mersing telah menjadi medan pertempuran terakhir di pantai timur sebelum tentera British dan Australia berundur ke Singapura. Seramai 18,000 penduduk Mersing telah dipindahkan ke Singapura dalam masa tiga hari. Apabila tentera Jepun menakluki Mersing, mereka menyangka peralatan Radar yang ada di bukit Balai Kajicuaca tersebut adalah satu alat memasak yang besar.
Pada tahun 1995, Mersing menjadi terkenal apabila pengambaran kehidupan “Robinson Expedition” dirakamkan di Pulau Tengah oleh TV Sweden. Ini adalah titik permulaan dunia untuk meminati program Reality TV dan seterusnya melahirkan program seperti Survivor, Idol, Akademi Fantasia dan lain-lain lagi. Mersing juga terkenal berita mengenai kewujudan makhluk misteri Bigfoot dan perairan Mersing juga dikenali dengan misteri “Bermuda Triangle” dengan berlakunya beberapa tragedi yang aneh. Mersing mempunyai seribu satu rahsia yang boleh membuatkan pengunjung jatuh hati dan tidak mahu pulang seperti yang berlaku kepada beberapa pelancong dari Eropah.

2.2 KEBANGGAAN DAERAH MERSING

Daerah Mersing adalah sangat unik dengan mempunyai pelbagai jenis fauna dan flora. Daerah Mersing terkenal dengan tarikan destinasi pelancongan bagi Negeri Johor. Setiap kali cuti sekolah, bandar Mersing akan dipenuhi dengan kenderaan dari Semenanjung Malaysia dan mahupun dari negara jiran, Singapura.
Pulau-pulau dan pantai yang indah adalah tarikan semulajadi yang pasti memberi inspirasi kepada pengunjung. Pulau Besar, Rawa, Aur, Pemanggil, Sibu, Tinggi dan lain-lain lagi sentiasa terbuka untuk diterokai. Pantai Air Papan dan Penyabong juga adalah tarikan dengan mempunyai suasana pantai yang indah. Mersing juga terkenal dengan Taman Negara Endau-Rompin yang mempunyai hutan khatulistiwa yang sudah berumur lebih beratus juta tahun. Hutan ini yang penuh dengan misteri masih belum diterokai sepenuhnya dan sentiasa menghasilkan penemuan terbaru oleh pakar saintis dan penyelidik yang mencintai keindahan alam semualajadi.
Mersing juga mempunyai infrastruktur dan kemudahan baru seperti pusat pendidikan Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Institut Latihan Perindustrian, Khemah Kecemerlangan PLKN Sekakap dan Penyabong, Markas Tentera Grup Gerak Khas, Pusat Talian Kabel Telekomunikasi dan lain-lain lagi. Sejumlah penduduk Mersing masih bekerja sebagai petani dan juga nelayan. Kehidupan yang tenang yang membuatkan suasana di Mersing adalah agak berlainan dengan kawasan lain di Johor. Dengan itu, datanglah ke Mersing untuk menikmati suasana nyaman dan kelainan ini.

2.3 POTENSI KARNIVAL MERSING

Karnival Mersing 2009 adalah kesinambungan daripada karnival yang telah dijalankan tiga kali sebelum ini. Dengan mengadakan Karnival yang meriah dengan aktiviti yang menghiburkan, ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pengunjung ke Mersing. Penambahan pengunjung ke Mersing akan dapat menambahkan pendapatan dan taraf sosio-ekonomi Daerah Mersing di dalam keadaan kegagawatan ekonomi sekarang ini. Rangsangan pro-aktif untuk menaikkan ekonomi Daerah Mersing adalah dialu-alukan untuk melipatgandakan bilangan pengunjung ke Daerah Mersing.


3.0 OBJEKTIF PROGRAM
1. Menyediakan medan bagi Pejabat Daerah Mersing dapat memberi gambaran mengenai produk-produk pelancongan dan IKS di Mersing
2. Menilai status dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan Mersing untuk membina dan memperkukuhkan sosio-ekonomi Daerah Mersing
3. Memberi peluang dan ruang kepada Pejabat Daerah Mersing untuk mempromosikan produk-produk Daerah Mersing dengan secara tidak langsung melalui media massa yang sedia ada.
4. Memperkenalkan identiti dan budaya masyarakat Mersing melalui interaksi di dalam pelbagai aktiviti
5. Menjadikan Karnival ini sebagai satu acara tahunan yang berprestij

3.1 TARIKH PROGRAM

23 April hingga 3 Mei 2009 (11 hari)

3.2 LOKASI PROGRAM

1. Dataran Pulau Mersing 2. Jalan Tun Dr. Ismail 3. Pantai Mersing
(Sila Tekan Layout di bawah untuk mendapat Lokasi sebenar Karnival)

Layout Karnival Mersing 2009


Sila tekan untuk lihat Layout
Gerai Jualan Karnival Mersing 2009
dan Layout Dataran Pulau.
Untuk keterangan lanjut,
Sila hubungi : Puan Zabedah
hp : 019-7679693






Monday, March 30, 2009

Karnival Mersing 2009




Awie Wings akan menjadi Artsi Jemputan pada malam 24 April 2009 di Dataran Pulau Mersing




Pesta Astro Bersama Anda akan membawa Artis-Artis Raja Lawak Astro di Karnival Mersing pada 3 Mei 2009




Pesta Astro Bersama Anda akan membawa Artis-Artis Akademi Fantasia Astro di Karnival Mersing pada 2 Mei 2009.






Kumpulan Kristal akan menghiburkan pengunjung Karnival Mersing pada malam
25 April 2009 di Dataran Pulau Mersing.












Mus May akan menjadi Artis Jemputan Karnival Mersing
pada malam 1 Mei 2009 di Dataran Pulau Mersing















Segala pertanyaan mengenai Karnival Mersing 2009 ini boleh didapati dengan menghubungi Pengurus Acara, Selesa Management Services - 019-7679693 (Puan Zabedah) atau 012-7203313 (Encik Othman). Sekian, terima kasih.